hee~ :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

saye syg mereka. ahakz~

Wednesday, July 23, 2014

Kenapa Dia ?

Mula menaip ; 0216 .

Kurang satu jam nak stand down, aku isi masa lapang dengan menaip. 

Kurang 3 bulan, aku bakal di-PUAN-kan. Bakal menamatkan zaman bujang, dunia keanakan. Kira-kira, 2014 adalah tahun terakhir untuk aku ber-Aidilfitri secara bujang. Ya, aku sekarang berdarah manis. 

Ramai yang mendoakan, tak kurang yang mempersoalkan; Kenapa dia ? 

Setiap jodoh pertemuan ajal maut, aku sentiasa berserah kepada Allah SWT, aku sendiri tak pernah expect yang akan muncul sang arjuna bernama Mohd Zulhalimi dalam hidup aku. Tambahan, semasa aku jatuh tersungkur, perlu bimbingan, butuh pimpinan, mencari semangat, dia muncul. Yang terima apa ada aku, baik buruk aku, banyak bersusah bersama aku. 

Kenapa dia ?

Masih ramai yang bertanya, apa yang aku nampak dari kaca mata aku takkan pernah sama dengan pandangan kosong orang luar. Apa yang kami hadap setiap masa, hanya aku, dia dan Allah SWT yang tahu. Dan untuk soalan; Kenapa dia ? , aku biarkan tergantung, biar aku saja yang nampak istimewa dia, biar aku yang rasa sayang dia, biar aku yang selalu di hati dia. Hanya aku. 

Sekian.