hee~ :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

saye syg mereka. ahakz~

Monday, March 23, 2015

23032015

Dulu dan sekarang. 

Hidup tak selalu indah, perhubungan tak sentiasa bahagia. Apa yang cuba aku luahkan sekarang, aku sendiri pun keliru. Tentang perasaan, tentang hati, tentang hidup. Betul kata manusia di luar sana, hidup, perkahwinan, perhubungan , kewangan dan emosi tak akan stabil selamanya. Susah nak cakap, bagi aku semua tu dah sebati, aku gagal dalam semua tu.

Perempuan,
Aku perempuan, seorang anak perempuan, seorang isteri, seorang menantu, dan juga bakal ibu. Selama ni apa yang ditayang di tv, aku anggapkan tidak akan terjadi dalam hidup aku. Tapi apa yang aku nak elakkan, tetap terjadi pada aku, hidup aku. 

Keliru, 
Ya aku masih keliru dengan diri aku sendiri. 

Dan,

Aku penat.

Thursday, December 25, 2014

25122014

Hidup tak selamanya indah.

Entah kenapa tiba-tiba hati rasa disiat-siat lagi.

Firasat terlalu kuat.

He's hiding something I guess.

Ya Allah, Kau Maha Mengetahui.

Tunjukkanlah kebenarannya.

xoxo.

Sunday, December 7, 2014

Bebas . | 07122014

Kau bebas .
Aku pasrah . 

Ini ketentuan , 
Aku redha .

Biar masa yang putuskan . 

Berhenti berharap .

Tuesday, September 2, 2014

Rasa Percaya .

Pernah rasa PERCAYA kita DIKHIANATI ?

aku selalu aware pasal PERCAYA , aware tapi hati tak pernah tegas . Orang-orang anggap aku bodoh , dah dikhianat masih beri peluang . Pernah alami rasa KASIH ? Rasa SAYANG ? Rasa CINTA ? Bohong bagi yang anggap semua rasa itu bahagia . Yang anggap rasa itu semanis gula-gula kapas . Yang pernah DIKHIANATI dan masih memberi PELUANG ulang kali , kita geng . Dilakukan demi CINTA . afraid of losing the that we loved .

P/s : awak , selagi nafas saya ada , selagi itu awak diberi peluang . Saya sakit dikhianati , tapi lagi sakit jika kehilangan . Jangan uji perasaan saya . Tolong .

Wednesday, July 23, 2014

Kenapa Dia ?

Mula menaip ; 0216 .

Kurang satu jam nak stand down, aku isi masa lapang dengan menaip. 

Kurang 3 bulan, aku bakal di-PUAN-kan. Bakal menamatkan zaman bujang, dunia keanakan. Kira-kira, 2014 adalah tahun terakhir untuk aku ber-Aidilfitri secara bujang. Ya, aku sekarang berdarah manis. 

Ramai yang mendoakan, tak kurang yang mempersoalkan; Kenapa dia ? 

Setiap jodoh pertemuan ajal maut, aku sentiasa berserah kepada Allah SWT, aku sendiri tak pernah expect yang akan muncul sang arjuna bernama Mohd Zulhalimi dalam hidup aku. Tambahan, semasa aku jatuh tersungkur, perlu bimbingan, butuh pimpinan, mencari semangat, dia muncul. Yang terima apa ada aku, baik buruk aku, banyak bersusah bersama aku. 

Kenapa dia ?

Masih ramai yang bertanya, apa yang aku nampak dari kaca mata aku takkan pernah sama dengan pandangan kosong orang luar. Apa yang kami hadap setiap masa, hanya aku, dia dan Allah SWT yang tahu. Dan untuk soalan; Kenapa dia ? , aku biarkan tergantung, biar aku saja yang nampak istimewa dia, biar aku yang rasa sayang dia, biar aku yang selalu di hati dia. Hanya aku. 

Sekian.