hee~ :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

saye syg mereka. ahakz~

Friday, April 23, 2010

:) kembali!

bila saya kata saya tenang, sebenarnya tidak.
bila saya kata saya gembira, sebenarnya tidak juak.
bila saya kata saya suka, sebenarnya saya menyampah.
bila saya kata saya setuju, sebenarnya saya tidak suka.
bila saya luahkan ini semua, semua orang akan berkata, Wawa, anda hipokrit.

haha! betul saya katakan. kita, terpaksa hipokrit dalam sesetengah perkara.
mereka, sesiapa sahaja. tidak mungkin dapat menerima pendapat kita seratus peratus.
petik name mereka yang akan seratus peratus satu kepala dengan kita. hah, susah untuk memetik bukan? semua orang hipokrit, saya juga saya terkadang hipokrit. tidak salah kan jika kena pada tempatnya. lame sudah saya tidak update belog saya. haha! agak busy. maaf yah :) saat ini juak, saya masih mempunyai bertimbun-timbun kerja yang belum disiapkan. tapi sempat lagi mencelah di sini. haha!

semalam, saya mengaktifkan diri di YM. seorang teman lama saya buzz saya. haha!

syikanajwa : apa maw? :P

leyla_nanum : sajesaje, rindu kau. :D

syikanajwa : wah! tak pernah kau nak rindu aku. salah makan ke ape kau nih?

leyla_nanum : siot kau pikah! aku slalu jek rindu kau. weyh, ade reunion di nanty. join kah?

syikanajwa : bile? tak tau pon.

leyla_nanum : 13 May. genting. join kah?

syikanajwa : haha! aku tenga final kot. nape wat kat genting? ganu da tak de tempat ke? hihihihi. :D

leyla_nanum : alah, budak kelas dulu ramai di kL lah.

syikanajwa : urmmmm. aku tak join lah, ade paper. lagipon, aku ngan korang tak sampai setahun kot kat kelas tuh, form 2 dah blah skola laen dah.

leyla_nanum : poyo kau. bebudak nak kau ade. dorang tau sal kau masok parit arituh. haha!

syikanajwa : siot! cipan! babun kau! mesti kau yang gitau en!!

leyla_nanum : haha! tak lah dorang tau kau terbabas ke parit lah bijak! aku just gitau kau accident jek. :P

syikanajwa : aisy! naseb baek kau jaoh, kalo tak aku babab kau.

leyla_nanum : hak elah! babab la, ingat aku nih budak kecik ke ugut cenggitu? hahahaha :D

syikanajwa : sudah lah kau! heee~ eh, tapi siyes tobat aku tak dapat join. aku ade paper lah. kau gitau dorang aku so sorry tau!

leyla_nanum : baek lah! tapi nanty kalo kau nak jumpe dorang senang jek, roger aku. aku bagi num sume orang kat kau.

syikanajwa : eh, kau nih yellow pages ke ape? hahaha!! okayh2..

leyla_nanum : jambul kau! aku dah kire baek hati nak bagi kontek num kat kau nih. nak ke tak?

syikanajwa : haha! sorry. nak lah! nanti kau bagilah eyh. btw, kalo kau nak datang uma aku, ajak anyss. dia selalu menapak kat uma aku.

leyla_nanum : beresssss. aku da nak out nih. ade hal lah. daaa~

syikanajwa : tata~

*ps: ym id yang tertera sudah diubah untuk privacy. hee~

perbualan kami, terhenti di situ. saya kembali merewang di laman sesawang. FB, belog-belog teman alam cyber, dan MS. bosan. huhuhu. beberapa minit berlalu, saya teringat! tugasan ETR harus di-edit kembali. adoi. terus saya mengundur diri dari FB, belog-belog dan MS.

hari ini, bangun agak awal. bangun jek, terus saya on lappy saya. apa lagi, saya meng-on9kan diri saya lagi. haha! tidak senonoh betol gadis ini. dalam setengah jam saya ber-on9. saya mencapai towel lalu masuk bilik air. mandi. selesai. siap berpakaian, lalu ke dapur. lalu berfikir. ermm, nak makan ape yek hari nih? ade beras, ade ikan bilis, ade kicap, ade garam, ade ajinamoto, ade lobak merah, ade telor. malasnye nak masak lauk. sudahnye, saya masak bubur jek. lame sudah tak mam bubur. haha! bubur lobak merah dan ikan bilis goreng. lazat. teringat mase bebudak. mama selalu masak bubur bile saya demam. wah! lepas makan, saya sambong on9. boring lah on9 jak, saya sms wany bunny. "wany, clz kol bape?" lalu dia reply "4, nanti kau da ciap msg aku, aku tunggu kat bawah jak." saya reply "okayh!" lagik setengah jam maw kol 4, saya suda bersiap lalu keluar dari rumah. dah nampak wany tercangak kat bawah. hee~ lalu kami ke kelas. kelas seperti biasa jak, bosan lalu saya memulakan aktiviti ketika saya kebosanan : menconteng :P wany bunny sangka saya khusyuk menyalin tips final.


haha! tertipu!

jam 6, kelas tamat. sebelum keluar dari kelas, saya dan wany, ke hadapan, bertemu Puan Indang, salam cium tangan.. mintak halalkan ilmu. bagos betol kami nih. terperasan lah plak. kikiki.

Monday, April 12, 2010

insomnia. :)

peeps! saya agak tidak berpuas hati di saat ini. kenapa? mengapa? apa yang terjadi? hehe, saya cuba untuk melelapkan mata saya. tetapi, tidak berjaya! lalu saya ke hadapan lappy saya, sambil mengelap lens d60 yang juga akan meninggalkan saya nanti. T_T bile nak dapat canon nih? adoi. :)

hari ini, saya berada di rumah sahaja. yeah, tidak kemana-mana walaupun hari ini hari AHAD! haha :D aktiviti saya hari ini? hanya mengadap lappy, FB, blog, myspace dan tugasan. akhirnya, business plan saya sudah siap, lepas nih tak payah saya pikir lagi. itu, siang tadi. malam pula, saya hanya ber-FB. tetibe, ade lah sorang budak lelaki nih, muda dari saya setahun. junior saya semasa di sekolah dulu tetapi saya tidak mengenali beliau. haha! dia tegur saya dari semalam lagi. mungkin dia lihat comment saya di wall Fazrol, junior saya juak semasa di sekolah. saya layankan aje, adek-adek. hee~ :P sambil saya berbalas messages dengan si Arif(nama beliau), saya juga melakukan demikian dengan Nana. esok dia akan ke hospital, mungkin berkaitan dengan kaki beliau. emmm. rindunye kat Nana. :( okayh, tak maw beremosi. baru tadi, saya memberi comment di wall post beliau. BELIAU lah! iyah! sejarah saya itu. emm. berani dia menukar sebutan nama saya yah! nanti saya jumpe dia, saya babab dia. hee~ tapi itu tidak mungkin, kerana saya tidak akan sanggup untuk berbuat demikian. aisy, Wawa! control!

sekarang? jari saya terus menaip dan menaip dan menaip dan okayh stop. hehe, mane boleh stop, kalau saya stop, tak kan ade lah ayat-ayat seterusnya. haha! okayh, saya sudah start merepek, merapu dan sebagainya. saya rasa, memang saya harus berhenti di sini. sekarang. yah! maksud saya, NOW!

mood hari ini? tenang sahaja. :)

well ppl, saya akan berhenti menaip di sini. tata~

Saturday, April 10, 2010

tidak saya kesah! :)

tertanya-tanya? mengapa? kenapa? kepada siapa ditujukan? haha! saya sangat-sangat tidak kesah sekiranya ANDA berkata begitu. sememangnya ANDA itu siapa yah? saya nasihatkan, ANDA, sila ke hadapan cermin, lihat siapa yang berdiri di depan cermin itu. adakah ANDA sesuai berdiri sebaris dengan kami? bukan saya maw berlagak, riak atau ape-ape perkataan yang melambangkan sifat sombong. tapi, ANDA sememangnya tidak layak. TAW! end of da topic!

sebentar tadi, berlaku satu insiden di mana semua student terdiam apabila CIK DIN menyuarakan ketidakpuasan hati beliau. mengenai kedatangan pelajar-pelajarnya. termasuk saya juga. heee~ sowry yah CIK DIN. itu tidak disengajakan, saya ada excuse. hehehe~ :P

hari ini, saya tidak taw maw post ape lagi di sini kerana otak saya hanya penuh dengan nombor serta kunci kira-kira. subjek ETR, sangat-sangat susa! lepas saya berhenti menaip ini, saya akan sambong memerah otak saya. :)

mood hari ini? serabut dengan nombor sahaja. :P

well ppl, saya akan berhenti menaip di sini. tata~

Wednesday, April 7, 2010

online, sebentar. :(


kenape saya post foto ini? suka hati saya lah, blog saya. haha! kenape foto ini ada air mate? hehe, sebab saya baru lepas memakai mata tipu saya. gatai nak pakai sebab da lame gilak tak pakai. lepas tuh, saya capture foto saya banyak-banyak sampai bateri fon saya kelemahan. haha!



ya! saya suka meng-capture foto! mereka memanggil saya, GediX~LenSa. haha! ade saya kesah kah? setelah D90 sudah dimiliki oleh tuan yang baru, saya hanya mampu capture foto menggunakan fon murah sahaja. T_T i mish u baby Nicky90. itu nama d90 saya. ada masalah dengan nama itu? ape saya merepek ini. adakah ini simptom-simptom tut*? haha! tetapi, TETAPI, tetapi, kakak saya menjanjikan; CANON EOS 500D! saya tak sabar untuk memiliki ia. haha. itu sahaja saya maw post. berserta foto-foto ini.

talent : Aqeef Qusyairi b. Amirrul Shahriza. my cousin yang nakal gilak!

besh mamam pizza. :)

beliau pandai berposing. ada bakat untuk menjadi Malaysian Next Top Model, HAHA! :D

abangnya, suke mengusik. :)

mood ini hari? tenang sahaja, mencari nama baru untuk cam baru. :P

well ppl, saya akan berhenti menaip di sini. tata~