hee~ :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

saye syg mereka. ahakz~

Thursday, December 25, 2014

25122014

Hidup tak selamanya indah.

Entah kenapa tiba-tiba hati rasa disiat-siat lagi.

Firasat terlalu kuat.

He's hiding something I guess.

Ya Allah, Kau Maha Mengetahui.

Tunjukkanlah kebenarannya.

xoxo.

Sunday, December 7, 2014

Bebas . | 07122014

Kau bebas .
Aku pasrah . 

Ini ketentuan , 
Aku redha .

Biar masa yang putuskan . 

Berhenti berharap .

Tuesday, September 2, 2014

Rasa Percaya .

Pernah rasa PERCAYA kita DIKHIANATI ?

aku selalu aware pasal PERCAYA , aware tapi hati tak pernah tegas . Orang-orang anggap aku bodoh , dah dikhianat masih beri peluang . Pernah alami rasa KASIH ? Rasa SAYANG ? Rasa CINTA ? Bohong bagi yang anggap semua rasa itu bahagia . Yang anggap rasa itu semanis gula-gula kapas . Yang pernah DIKHIANATI dan masih memberi PELUANG ulang kali , kita geng . Dilakukan demi CINTA . afraid of losing the that we loved .

P/s : awak , selagi nafas saya ada , selagi itu awak diberi peluang . Saya sakit dikhianati , tapi lagi sakit jika kehilangan . Jangan uji perasaan saya . Tolong .

Wednesday, July 23, 2014

Kenapa Dia ?

Mula menaip ; 0216 .

Kurang satu jam nak stand down, aku isi masa lapang dengan menaip. 

Kurang 3 bulan, aku bakal di-PUAN-kan. Bakal menamatkan zaman bujang, dunia keanakan. Kira-kira, 2014 adalah tahun terakhir untuk aku ber-Aidilfitri secara bujang. Ya, aku sekarang berdarah manis. 

Ramai yang mendoakan, tak kurang yang mempersoalkan; Kenapa dia ? 

Setiap jodoh pertemuan ajal maut, aku sentiasa berserah kepada Allah SWT, aku sendiri tak pernah expect yang akan muncul sang arjuna bernama Mohd Zulhalimi dalam hidup aku. Tambahan, semasa aku jatuh tersungkur, perlu bimbingan, butuh pimpinan, mencari semangat, dia muncul. Yang terima apa ada aku, baik buruk aku, banyak bersusah bersama aku. 

Kenapa dia ?

Masih ramai yang bertanya, apa yang aku nampak dari kaca mata aku takkan pernah sama dengan pandangan kosong orang luar. Apa yang kami hadap setiap masa, hanya aku, dia dan Allah SWT yang tahu. Dan untuk soalan; Kenapa dia ? , aku biarkan tergantung, biar aku saja yang nampak istimewa dia, biar aku yang rasa sayang dia, biar aku yang selalu di hati dia. Hanya aku. 

Sekian. 


Saturday, June 21, 2014

21062014

Bila mana kita hampiri sesuatu yang menggembirakan pasti akan ada perkara yang tidak menyenangkan menyelit. Itu sebenarnya dugaan, berdarah manis memang selalu begitu. Kadang-kadang perasaan sendiri yang selalu berfikiran negatif. Tapi apa sebab kita berfikiran negatif? Semuanya bersebab, berpunca.

Aku,

Selalu negatif, terlalu negatif, sentiasa negatif....

sebab;

Pengalaman.

Peristiwa lama, tak pernah padam. Aku sentiasa ingat tak pernah lupa. Namun aku bersyukur Kau temukan aku dengan dia. Walaupun banyak susah dari senang, lebih dugaan dari nikmat. Dia terima aku apa ada aku. Aku yang selalu lampias angin bulanan. Dia yang selalu menadah telinga mendengar setiap perkataan dari mulut aku.

Mohd Zulhalimi Md Haniff,

Terima kasih. Hadir dalam hidup semasa saya tak tahu kemana arah tujuan. Pemberi semangat untuk buang segala sampah yang menghancurkan diri saya. Thanks for everything B. Happy 25th birthday. Semoga sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Iloveyou.

Saturday, May 24, 2014

24052014 ; 0140

Selalu sebelum tidur aku akan fikir tentang semua perkara.

Tentang aku

Tentang dia

Tentang masa lalu

Tentang masa depan

Tentang kami

Tentang semua

Bila dah fikir, mula nak meleleh sendiri. Jenis aku, pendam sendiri susah nak luah sebarang. Selagi aku boleh simpan, aku simpan sampai berkarat. Ada perkara yang aku boleh cerita sekadar bercerita sahaja sebab bagi aku, kalau kita cerita pun belum tentu orang faham kita. Kita pun belum tentu faham orang lain. 

Tak ada yang sempurna kat dunia. Post aku kali ni sekadar luahan peribadi aku, apa yang aku rasa. :)

*Beberapa siang malam sejak kebelakangan ini , aku habiskan masa buat research pasal tuttut . Aku cari kat Mr. Google , aku tengok semua movie yang ada dalam external, aku tanya kawan-kawan kerja (mostly Kak Tik la selalu kena kacau 2 3 pagi aku dok tanya dia. hihihihi ;D) .

Monday, May 12, 2014

Kadang-kadang atau selalu ?

Kadang-kadang kita lupa macam mana nak senyum dengan betul . Macam mana nak gelak tak ingat dunia . Macam mana rasa bahagia . Macam mana rasa dihargai .

Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati orang sampai hati kita tiada siapa ambil peduli .

Kadang-kadang ke ? Bukan selalu ?

Ada satu masa , bila bersendiri , kita akan rindu detik kita tak perlu fikir masalah memikul beban .

Ya , aku rindu . Aku rindu aku yang dulu .

Tolong kembali . Aku mohon .

Monday, January 20, 2014

20012014

It is 0012 hours when i wrote this post . 20th January 2014 , the day that i've been waited for the whole month . May Allah give me the strenght to pass through the test and interview . Aminn . 

Monday, January 13, 2014

13012014

Sering kita bertanya kenapa kita diduga begini . 
Senang , itu tandanya Dia ingat kita yang kian lalai dan lupakan Dia . 
Maafkan aku Ya Allah , aku lalai , aku alpa . 
Terima kasih Ya Allah , Kau masih ingatkan aku , masih sayangkan aku . 
Alhamdulillah . 


Sunday, January 12, 2014

12012014

Kenapa baru hari ini aku rasa semua ini ? 
Kenapa bukan sebelum ini ? 
Kenapa bukan sebelum aku betul jatuh cinta ? 
Kenapa bila dah terlanjur cinta aku baru rasa ? 
Ya Allah , kuatkan aku . 
Aku terima dugaanMu dengan hati terbuka .
Aku tahu aku mampu hadapinya . 
Aku tahu Kau selalu bersama aku . 
Walau aku sering lupakan Mu . 
Ampuni aku , Ya Allah .